Apakah nasib keluarga Siti di Kemubu Kuala Krai, Kelantan..setelah kisah mereka menjadi viral dan di share lebih 10 ribu pengguna facebook?

Masihkah anda ingat kepada kisah keluarga ini?

Bermula dengan mesej yang berbunyi ” Kak Hawa, tolong saya…saya dalam kesusahan, anak kecil saya memerlukan susu..kami ketiadaan wang dan hanya tinggal di pondok di tepi hutan”. Saya mula rasa terpanggil untuk menghampiri keluarga ini, melihat keadaan sebenar mereka. Kunjungan saya yang pertama menjawab seribu pertanyaan yang bermain di fikiran. Melihat kedhaifan hidup mereka , membuat saya bertekad untuk membantu keluarga ini.

12107819_152795898404730_988025303087935160_n

Inilah tempat mereka berteduh, sebuah pondok kecil yang di tinggalkan di tepi hutan.

Di ringkaskan cerita, Siti adalah seorang ibu muda yang mempunyai 7 orang anak. 3 orang anak lelakinya adalah seorang OKU, 2 orang normal dan 2 orang anak yang bongsu mengidap Tallasemia Chronic.Pada masa itu juga , Siti sedang mengandungkan anak mereka yang ke 8.

Pada mulanya hidup mereka tidaklah sesusah itu, sehinggalah lahirnya Ramadhan dan Hawa. Penyakit Tallasemia yang di alami oleh dua beradik ini membuatkan Siti dan suaminya (Budi) terpaksa berulang-alik ke hospital dan banyak wang  telah diperuntukkan untuk membeli ubat serta rawatan kepada mereka. Disebabkan masalah tersebut, Budi kerap ambil cuti. Sehinggalah suatu hari dia telah diberhentikan kerja. Nasib mereka semakin susah, apabila di suruh keluar dari rumah sewa kerana sewa yang tertunggak tidak berbayar berbulan-bulan. Oleh kerana buntu, Budi mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah pondok yang dijumpai ditepi hutan. Setelah bertanya orang kampung, dia telah menghubungi tuan punya pondok tersebut untuk meminta tumpang menginap sementara. Jika anda ingin mengetahui secara lebih lanjut, anda bolehlah entry ke fb page saya page Kasih Hawa

Kisah mereka telah di kongsi oleh saya di facebook pada 10 oktober 2015. Disebabkan kisah mereka inilah akaun fb Kelab Amal Jariah Kelantan mendapat “friend request” lebih 5 ribu dalam tempoh masa seminggu. Kisah tersebut juga telah di share beribu-ribu kali oleh pengguna facebook ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Saya menerima beratus panggilan sehari. Ramai yang bertanyakan bagaimana untuk menyampaikan bantuan, ada juga yang telefon untuk mendapatkan kesahihan kisah tersebut. Tak kurang juga yang menumpang publisiti kisah tersebut, share kisah tersebut di fb tetapi pada masa yang sama telah mengedit maklumat asal sehingga mengelirukan pembaca. Malah ada juga yang menangguk di air yang keruh….viralkan kisah keluarga ini dengan tujuan untuk mengutip wang untuk kepentingan peribadi. Ada juga yang melemparkan bermacam-macam tohmahan, konon-kononnya keluarga ini menipu. Tak ramai juga yang memainkan isu politik, menghentam parti politik yang mereka seterui.

Tapi bagaimanakah nasib Siti dan Keluarganya? Adakah mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya? Sudah hampir setengah tahun masa berlalu…..

Inilah  perkembangan kisah tersebut….

20160523_192639.jpg

Gambar atas: 3 beradik lelaki OKU bersama hawa dan adik yang  bangsu di rumah baru mereka.

Ini rumah yang mereka tinggal sekarang. Seorang insan yang baik hati telah membenarkan mereka anak-beranak tinggal di rumah ini secara percuma. Tetapi tidak pasti sampai bila. Siti dan keluarganya telah berpindah ke daerah lain kerana tidak tahan dengan tohmahan yang dilemparkan kepada mereka anak-beranak setelah kisah tersebut diviralkan. Penduduk kampung yang iri hati datang melemparkan kata-kata kesat, mengatakan Siti menjual maruah keluarga. Apalah yang mampu dibuat oleh seorang ibu seperti dia dalam keadaan terhimpit sedemikian? Mereka juga telah dikecam oleh ketua kampung, tok imam,jiran tetangga, pegawai dari jabatan yang berkaitan, yang marah kerana telah di persoalkan oleh pihak atasan. Sehingga ada suatu masa Siti menalipon ketakutan, mengatakan dia akan di tangkap kerana memalukan kerajaan dan YB di kawasan tersebut. Dia menangis meminta perlindungan daripada saya. Apa yang saya mampu buat ialah meminta Siti bersabar, saya meyakinkan dia yang dia tidak bersalah. Sebaliknya, saya meminta dia dan Budi memberi kerjasama dengan baik kepada pegawai-pegawai kerajaan yang datang membuat siasatan terhadap kes mereka. Saya mengharapkan nasib yang lebih baik akan berpihak kepada mereka sekeluarga.

IMG-20160523-WA0022.jpg

Ini gambar Siti dengan mesin jahit yang saya bawa. Di dermakan oleh seorang dermawan.

Sehingga kini, keluarga ini belum mendapat sebarang tawaran rumah dari pihak kerajaan atau badan2 swasta. Pada tahun lepas ada seorang insan menawarkan mereka sebidang tanah di daerah Meranto Gua Musang, Kelantan. Tetapi status tanah itu adalah tanah teroka, sangat jauh di pedalaman pula, tuan tanah juga tidak ada peruntukan untuk membina rumah. Tuan tanah hanya menekan saya supaya mendapatkan wang untuk membina rumah di atas tanah yang dimaksudkan. Jadi setelah melalui beberapa rundingan Siti dan Budi menolak tawaran tersebut kerana sangat rumit. Lagipun agak sukar untuk anak-anak mereka membesar di sana kerana sangat jauh dari kawasan sekolah. Menurut Siti lagi, Budi ada pergi temuduga untuk permohonan rumah dari jabatan kerajaan,tetapi belum dapat keputusan. Dia tidak diberitahu berapa lamakah tempoh untuk mendapat kelulusan permohonan rumah rakyat.

Bila di tanya tentang bantuan JKM, beliau mengatakan semenjak dulu anak-anak OKU nereka hanya terima sebanyak 2-3 kali sahaja. Itupun bukan melalui akaun bank, mereka kena pergi ambil dengan cikgu dari sekolah pendidikan Khas. Jadi apabila mereka berpindah, bantuan tersebut senyap begitu sahaja.Menurut guru pendidikan khas tersebut, anak-anak OKU hendaklah bersekolah di sekolah pendidikan khas untuk melayakkan mereka mendapatkan duit kebajikan .  Baru-baru ini, mereka telah mendapat berita gembira dari majlis Agama Islam Kelantan kerana telah mendapat duit zakat yang diberi dalam bentuk cek bernilai RM2000. Siti dan Budi mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan yang datang ke rumahnya dan berusaha untuk membantu mereka sekeluarga. Beliau juga tidak henti-henti mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua penderma-penderma yang memasukkan wang ke akaunnya dan yang memberi terus wang kepada mereka atau  yang memberikan barangan keperluan harian. Sehingga kini masih ada insan pemurah yang sedekahkan wang ke dalam akaun mereka.

Sekarang, beban hidup mereka suami-isteri berkurang sedikit apabila dua orang anak perempuan mereka yang berumur 11 dan 7 tahun berpindah ke sekolah asrama di sebuah sekolah di  Tanah Merah, Kelantan. Tiga orang anak lelaki mereka yang OKU pula telah dihantar ke sebuah sekolah pondok di daerah yang sama. Semenjak berada di sekolah pondok, ketiga-tiga anak lelaki mereka yang mempunyai masalah OKU pembelajaran ini telah menunjukkan perubahan yang positif, rajin dan pandai bergaul. Kini Tinggal Ramadhan, Hawa dan bayi yang baru lahir sahaja di rumah. Jadi boleh lah Siti bekerja membantu keluarga. Untuk masa sekarang dia menoreh getah. Oleh kerana kasihan melihat dia keluar menoreh, saya memberi cadangan kepadanya supaya belajar menjahit. Siti menyambut baik cadangan tersebut. Kebetulan apabila saya suarakan rancangan kami itu, ada seorang dermawan mahu sedekahkan mesin jahit kepada nya. Alhamdulillah..saya segera hantar mesin tersebut kepadanya. Selepas ini saya akan ikhtiarkan seorang  guru jahitan yang sanggup mengajar Siti menjahit di rumahnya. Sekurang-kurangnya, dapatlah Siti mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju di rumahnya. In sha Allah azam dan tekad Siti dan Budi untuk merubah hidup keluarga mereka akan tercapai.

Marilah sama-sama mendoakan agar dipermudahkan segala usaha mereka. Berhentikanlah setiap tohmahan dan kutukan yang tidak membantu.

Ikuti perkembangan mereka dan ramai lagi asnaf lain di dalam Page Kasih Hawa https://www.facebook.com/kasihawa/posts/510852369097658

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s