Keluarga Pok Nik di Jalan Jedok

Kami mendapat maklumat daripada seorang rakan yang pernah ke rumah mereka pada penghujung bulan puasa. Menurut maklumat tersebut, keluarga ini sangat dhaif. Tinggal di pondok yang sangat usang, bapa dan ibu yang tua pula terpaksa tidur di reban ayam yang kosong setiap hari.

Agak  sukar juga untuk mencari rumah mereka, ini kerana mereka tinggal di kawasan belukar di pinggir  ladang getah. Berapa kali berpusing di jalan Jedok, Tanah Merah , Kelantan kerana terlepas lorong ke rumah mereka. Selepas masjid kami kena masuk satu lorong kecil di kepala jambatan , menyusuri jalan itu melalui belukar dan pokok getah sehinggalah ke penghujung jalan. Kelihatan sebuah pondok buruk yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Dari jauh kelihatan 2 anak kecil sedang bermain-main di tangga rumah. Kedatangan kami di sapa oleh anak perempuan Pok Nik (Saleha) yang sedang duduk memerhatikan anak kecilnya yang sedang ralit bermain.

IMG_20160701_104618
Pok Nik bersama isteri, anak dan cucu di depan pondok usang mereka

Segera Saleha bangun dari anjung berlari ke belakang rumah memanggil ayahnya. Dalam 2 minit kelihatan Pok Nik dan isteri berjalan tergesa-gesa dengan wajah kehairanan, mungkin agak pelik memikirkan siapalah yang tahu rumah mereka disitu. Saya, suami dan seorang kawan bersalaman dengan mereka. Pok Nik menjemput kami duduk di anjung rumah yang selayaknya di panggil pondok buruk itu. Sambil berbual, saya memerhatikan keadaan pondok itu. Ia kelihatan tersangatlah usang. Dindingnya hanyalah tampalan zink-zink berkarat dan berlubang. Lantai pula di perbuat daripada kayu-kayu pokok hutan yang di upah mesin , kelihatan urat-urat kayu keluar tidak kemas.

IMG_20160701_104408
Pandangan sisi pondok
IMG_20160701_105744
ini pula bahagian dalam pondok

Menurut Pak Nik, dia adalah warganegara Malaysia yang sah, berkahwin dengan isterinya seorang perantau dari negara jiran yang bekerja di kebun getah sejak berpuluh tahun dulu. Lebih 8 tahun dulu dia dan Makcik Siti Nor tinggal di pondok itu, tetapi semenjak anak perempuannya (saleha) dan cucu-cucu mereka di arah pindah dari rumah mereka oleh tuan tanah, dia dan isteri terpaksa berpindah ke reban ayam di belakang rumah kerana memberi peluang Saleha tinggal di situ.

Saleha mempunyai 4 orang anak. Anak yang sulung  Mohd Azmi (16 tahun), Nur Hafizah (13 tahun), mohd Syaiful (7 tahun) dan yang bongsu Nur hidayah ( 3 tahun). Di antara ke empat-empat anaknya itu hanya Mohd Azmi yang ada kad pengenalan, ini kerana suami Saleha telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Suami Saleha juga adalah warganegara Malaysia, namun urusan pendaftaran kelahiran gagal dibuat kerana suaminya tidak mampu membayar bayaran hospital dan kad merah tidak di keluarkan. Selain dari anak sulung, anak-anaknya yang lain tidak dapat bersekolah di sekolah kerajaan kerana tiada sijil kelahiran. Selepas kematian suami fikirannya buntu tiada arah haluan dan tempat untuk mengadu. Apabila di minta pindah oleh tuan tanah, dia hanya mampu mengheret anak-anak ke bangsal buruk ayahnya.

IMG_20160701_105909

Kami sempat bergambar di depan reban ayam yang di diami oleh Pok Nik dan isteri. Bangsal ayam itu di bersihkan untuk dijadikan rumah untuk mereka diami. Kasihan sungguh melihat kedhaifan mereka. Kenapa tiada sesiapa pun perasan akan kesusahan rakyat seperti mereka?

IMG_20160701_105351
Bahagian dalam reban ayam yg telah diubah suai
IMG_20160701_105510
Lantai reban di cuci untuk di jadikan bilik tidur

Bila saya tanya kenapa reban ayam tu boleh berada di situ?  Pok Nik menyatakan suatu masa dahulu beliau pernah mengambil upah menjaga penternakan ayam yang di usahakan oleh seorang usahawan dari Kota Bharu. Tetapi setelah penternakan ayam itu mengalami kemerosotan, reban itu tinggal kosong begitu. Apabila kesusahan menimpa anaknya Saleha, beliau dan isteri mengambil keputusan menggunakan reban ayam itu, kerana itulah saja pilihan yang dia ada.

Sebelum meninggalkan mereka ,saya sempat bertanya sekiranya mereka ada menerima bantuan daripada JKM atau MAIK? Pok Nik hanya menggelengkan kepala. Katanya dia tidak layak untuk menerima nya…

Pok Nik menyatakan di tidak tahu kepada siapa harus di ajukan tentang permasalahan itu .Dia tidak mempunyai sebidang tanah walau kecil. Marilah kita sama-sama menolong mereka..Sekurang-kurangnya memberi sesuap nasi kepada cucu-cucunya. Walau siapa pun mereka, mereka ada hak untuk dilayan sebagai seorang insan, malah seagama dan sebangsa dengan kita. Hubungi saya jika anda ingin ke sana membantu mereka…

 

 

 

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s